Pages

Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

SOTONG GORENG OREGANO

11.03.2014
SOTONG GORENG OREGANO

SOTONG GORENG  OREGANO
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com


Bagi anda yang sesekali ingin cuba resepi barat yang mudah,ini adalah resepi yang patut anda cuba.Sotong Goreng Oregano.Simple dan mudah.Boleh di jadikan lauk untuk tengahari ataupun makannya sambil bersantai.Jom lihat resepi mudah Sotong Goreng Oregano di bawah.

BAHAN-BAHAN SOTONG GORENG OREGANO

 1 kg sotong – bersihkan – buang mulut dan mata serta isi dalam sotong 
– potong ikut suka
 – toskan hingga kering
 2 cawan serbuk roti 
3 sudu makan tepung gandum
 3 sudu makan tepung jagung
 1 biji telur gred double A
 1 sudu makan serbuk oregano
 1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
 minyak

 BAHAN TUMBUK :
 2 ulas bawang putih 
1/2 cm halia
 1 sudu teh lada putih

 CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SOTONG GORENG OREGANO

 Satukan sotong bersama bahan tumbuk, tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk oregano dan juga perencah MAGGI Cukup Rasa.
 Pecahkan telur dan gaul bersama bahan tadi.
 Perapkan seketika.
 Lumurkan sotong dengan serbuk roti.
 Panaskan minyak yang agak banyak untuk goreng tenggelam. 
Goreng sotong hingga kuning keemasan atau sehingga masak. 
Angkat dan toskan.
 Hidangkan bersama pencicah kegemaran

Memang sedap.Lagipula jika ada kalangan keluarga anda penggemar sotong seperti ahli keluarga saya.Anak-anak memang suka jika saya buat Sotong Goreng Oregano ini untuk mereka.Selamat mencuba...
Read more ...

SOTONG KARI POWER

9.03.2014
SOTONG KARI POWER




Hari-hari makan ayam pun boring juga.Jadi apa kata harini masak Sotong Kari.Memang sedap.Lagipun nak masak resepi ni pun mudah sahaja.Jimat masa.Walaupun harga sotong agak mahal sekarang,tapi demi selera di dayakan juga..Jom kita lihat resepinya.


RAMUAN
  • 7 ekor sotong saiz medium – ni dua orang makan je
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 serai- tumbuk @ titik
  • 1 Bunga lawang
  • 1 sudu kecil Biji sawi
  • 3 Bawang kecil -mayang halus
  • 2  Bawang putih   -mayang halus
  • seinci Halia -mayang halus
  • 2 sudu Cili kisar – bancuh dengan air
  • 1 pkt  Serbuk kari ikan + 1 sudu serbuk kari daging
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1 Asam keping
  • 1 tomato
  • air 1 cawan
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
  • Tumis daun kari , biji sawi dan serai sampai naik bau
  • Lepas tu masukkankan bunga lawang ,bawang yang dimayang dan halia , tumis lagi sampai layu
  • bila dah layu masukkan cili kisar yang dibancuh dengan serbuk kari dan air – tumis sampai pecah minyak
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air dan santan,asam dan garam gula
  • bila dah mendidih, masukkan sotong
  • Masak lebih kurang 15 minit dgn api pelahan
  • Bila dah masak, masukkan tomato.Tutup Api
  • Biar je sayur masak dgn kepanasan yang ada
  • siap untuk dihidangkan
Read more ...

KERABU SOTONG BERMANGGA

8.30.2014
KERABU SOTONG BERMANGGA



Harini nak share resepi mudah sahaja.Kerabu Sotong Bermangga.Memnag menjadi kegemaran kerana rasa masam mangga yang membuatkan terliur jadinya.Rasa masam tersebut juga membangkit selera makan.Jom kita tengok cara membuatnya..

Bahan bahannya

4 ekor sotong besar 
2 biji tomato 
3 sudu gula 
Sedikit garam

1 kuntum bunga kantan - dihiris
½ biji mangga yang hampir masak 
½ biji bawang merah - dipotong dadu
sedikit daun ketumbar - dihiris halus


Caranya

Sotong dipotong kecil dan direbus hingga masak. Toskan. Kisar tomato bersama gula dan sedikit garam. Campur sotong bersama bahan kisar, bunga kantan, mangga, bawang merah dan daun ketumbar. Gaul rata dan hidangkan.

Sangat sesuai di hidangkan bersama tomyam.Nasi pula di hidang panas.Selamat mencuba..
Read more ...

KERABU SOTONG

8.05.2014
KERABU SOTONG

KERABU SOTONG


Harini masih dalam mood raya,jadi nak share resepi pun mudah -mudah je.Resepi KERABU SOTONG.Jom kita lihat resepinya.

Bahan bahannya

3 ekor sotong besar (direbus dan dipotong) 
2 biji tomato (hiris dadu) 
1 genggam kacang tanah (digoreng) 
2 biji buah mangga putik (dicincang) 
2 biji lada besar (dihiris halus2)
10 biji lada Melaka (hiris halus) 
3 biji asam limau nipis/kasturi (ambil airnya) 
Garam secukup rasa 
Gula secukup rasa

Cara membuatnya

Cara membuatnya paling mudah.Cuma mampurkan kesemua bahan tadi dan gaul rata.

Selamat mencuba.
Read more ...