BISKUT KEJU PUTAR
Makanan yang berasaskan keju pasti di sukai oleh anak-anak.Tidak ketinggalan juga sebilangan orang dewasa.Apa kata anda cuba resepi Biskut Keju Putar.Rasanya perlaburan anda pasti berbaloi kerana ianya memang sedap.
Bahan bahannya
Bahan A
250 g mentega
50 g gula kastor
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
250 g tepung jagung
200 g keju yg di kisar
Sedilit lada hitam
Hiasan
Kuning telur untuk sapuan
keju kisar
Cara membuatnya
Pukul Bahan A hingga rata.Kemudian masukkan Bahan B dan pukul lagi.
Masukkan Bahan C yang telah di gaul rata.Uli kesemua bahan ini hingga menjadi doh.
Simpan doh dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan dan canai doh menjadi kepingan nipis setebal 3 mm.Potong menjadi jejari 2 cm x 1 cm.
Ambil dua jejari dan pintal bersam keduanya.
Sapu kuning telur pada permukaan dan tabur keju kisar.
Bakar pada suhu 175'C selama 15-20 minit.
No comments:
Post a Comment