![]() |
KACANG PANGGANG DENGAN TELUR |
Sambil santai-santai di rumah,apakata anda hidangkan sesuatu yang simple tapi sedap untuk di makan bersama.Cubalah sediakan Kacang Panggang Dengan Telur ni.Rasanya sesuai untuk hidangan yang mudah dan sedap.
Bahan bahannya
1 tin kacang panggang dengan sos tomato
3 biji telur ayam sederhana besar - dipukul
Sedikit minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang merah - di dadu kecil
½ mangkuk cendawan butang - di dadu kecil
2 sudu besar susu cair
Garam
Caranya
Tumis bawang merah hingga layu, kemudian masukkan cendawan butang. Masukkan susu cair dan telur - kacau rata. Akhir sekali, masukkan kacang panggang bersos tomato dan garam. Sedia untuk dihidang. Sedap di makan ketika masih pana.Boleh di makan bersama roti ataupun begitu sahaja. | |
No comments:
Post a Comment