Pages

KUE TEAW LADNA.

11.05.2014
KUE TEAW LADNA.

KUE TEAW LADNA.
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com

Selain daripada Char Kue Teaw yang popular dengan kuahnya yang sedap,Kue Teaw Ladna juga tidak kurang hebatnya.Kue Teaw Ladna juga di masak berkuah dan memang sangat sesuai jika anda hidangkan untuk makan petang.Jika berkesempatan,jom kita lihat resepinya Kue Teaw Ladna ini.

Bahan bahannya Kue Teaw Ladna

100 gm kueteau
50 gm udang
50 gm sotong (dipotong)
50 gm daging ayam (dipotong)
1 tangkai sawi (dipotong)
sedikit kobis

1 cawan stok daging
2 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 biji telur

Minyak masak & garam

Cara menyediakannya Kue Teaw Ladna

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
Masukkan kueteau & kicap pekat.
 Gorengkan selama 2 minit.
 Angkat & masukkan ke dalam mangkuk. 
Tumiskan bawang putih hingga garing.
 Masukkan sos tiram, sawi, kobis, ayam, sotong, udang, garam & stok daging.
 Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung & masak hingga mendidih.

Untuk menghidang,anda tuangkan kuah tadi di dalam mangkuk yang berisi kue teaw.Hidangkan panas-panas.Pasti aromanya membangkitkan selera.
Selamat mencuba..





Read more ...

EASY SOFT CAKE BANANA

11.04.2014
EASY SOFT CAKE BANANA


Here i,m going to share the recipes to make a simple and easy Soft Cake Banana.This is more to Malay's culture recipes.Lets try it yourself.

Ingredients:

A grade 7 ripe bananas

2 tablespoons self-rising flour

1 egg

7 tablespoons sugar

1/2 cup boiled water

1/2 cup milk

Steps:


Mash the 7 bananas.

Put the self-rising flour into-chaotic.

Then insert the egg and sugar into the mixing.Stir for a while.

Put the boiled water and milk into.

Ready for baked.Use microwave and baked for 28 minutes.

Tara...finish already.Simple and delicious.
Read more ...

SOTONG GORENG OREGANO

11.03.2014
SOTONG GORENG OREGANO

SOTONG GORENG  OREGANO
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com


Bagi anda yang sesekali ingin cuba resepi barat yang mudah,ini adalah resepi yang patut anda cuba.Sotong Goreng Oregano.Simple dan mudah.Boleh di jadikan lauk untuk tengahari ataupun makannya sambil bersantai.Jom lihat resepi mudah Sotong Goreng Oregano di bawah.

BAHAN-BAHAN SOTONG GORENG OREGANO

 1 kg sotong – bersihkan – buang mulut dan mata serta isi dalam sotong 
– potong ikut suka
 – toskan hingga kering
 2 cawan serbuk roti 
3 sudu makan tepung gandum
 3 sudu makan tepung jagung
 1 biji telur gred double A
 1 sudu makan serbuk oregano
 1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
 minyak

 BAHAN TUMBUK :
 2 ulas bawang putih 
1/2 cm halia
 1 sudu teh lada putih

 CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SOTONG GORENG OREGANO

 Satukan sotong bersama bahan tumbuk, tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk oregano dan juga perencah MAGGI Cukup Rasa.
 Pecahkan telur dan gaul bersama bahan tadi.
 Perapkan seketika.
 Lumurkan sotong dengan serbuk roti.
 Panaskan minyak yang agak banyak untuk goreng tenggelam. 
Goreng sotong hingga kuning keemasan atau sehingga masak. 
Angkat dan toskan.
 Hidangkan bersama pencicah kegemaran

Memang sedap.Lagipula jika ada kalangan keluarga anda penggemar sotong seperti ahli keluarga saya.Anak-anak memang suka jika saya buat Sotong Goreng Oregano ini untuk mereka.Selamat mencuba...
Read more ...

SUP KETAM PENAWAR DENGGI.

11.02.2014
SUP KETAM PENAWAR DENGGI.

SUP KETAM  PENAWAR DENGGI
SUP KETAM BERKELAPA

resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com

Mungkin kalangan kita kurang tahu khasiat lain Sup Ketam selain dari isinya yan sedap.Melalui apa yang di sampaikan oleh orang tua-tua,Sup Ketam Berkelapa mampu menjadi penawar kepada demam denggi.Kepada yang ingin mencuba,resepinya di bawah.

Sup Ketam Berkelapa.


 Bahan2 : 


3 ekor ketam - buang cengkerang dan dipotong dua. 1 Biji Air Kelapa Muda dan Isinya3 ulas bawang putih - ditumbuk


3 biji bawang merah - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 btg seleri - potong menyerong
 1 paket cendawan 1 biji tomato - potong baji
1 sup bunjut
1 camca teh  lada hitam
 Garam dan gula secukup rasa 


Cara2: 

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. kemudia masukkan bahan tumbuk , serai sup bunjut dan lada hitam ke dalam periuk. 
Masukkan seleri, tomato, cendawan  dikuti garam dan gula secukup rasa. Selepas itu masukkan ketam yang siap dipotong. Didihkan lagi. Perasakan dengan garam dan gula. Padamkan api dan akhir sekali masukkan air kelapa dan isinya sekali
Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum di hidangkan.
Read more ...

BEBOLA SARDIN

10.28.2014
BEBOLA SARDIN

Bebola Sardin
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com



Tiada idea untuk menyediakan hidangan petang buat suami or anak-anak?Di sini saya syorkan satu resepi mudah iaitu Bebola Sardin.Resepi ini sangat mudah di sediakan dan pasti anak-anak menggemarinya.Jom kita lihat caranya.

Bahan-bahannya

1 tin kecil sardin (asingkan kuahnya) 
2 biji telur 
2 keping roti (disiat kecil-kecil) 
serbuk lada hitam 
garam secukup rasa


Cara menyediakannya

Rebus sebiji telur. Hancurkan telur rebus tadi bersama ikan sardin dan gaul rata. Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam ikan sardin tadi bersama roti yan disiat kecil-kecil. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Uli campuran ini menjadi bebola dan goreng sehingga masak.

Sudah siap hidangan petang anda.Bagi anak-anak saya mereka gemar makan begitu sahaja.Anda boleh tambah kepedasan dengan tambahan cili jika mahukannya.Boleh juga di masukkan ke dalam sup sebagai tambahan.
Read more ...

IKAN BAWAL PUTIH KUKUS BERSOS TIRAM.

10.27.2014
IKAN BAWAL PUTIH KUKUS BERSOS TIRAM.

resepi-tanpa sempadan.blogspot.com


Anda tidak punyai idea untuk memasak hidangan makan malam?Apa kata anda cuba resepi ini,Ikan Bawal Kukus Bersos Tiram.Rasanya hidanganini sesuai untuk makan malam yang agak istimewa terutamanya untuk keluarga tersayang.Jom kita lihat resepi Ikan Bawal Putih Kukus Bersos Tiram.

Bahan bahannya

1 ekor ikan bawal putih 
1 biji bawang besar (hiris) 
1 biji cili merah (hiris) 
1 biji cili hijau (hiris) 
1 inci halia (hiris) 
1 batang lobak merah (hiris)

3 sudu sos tiram 
3 biji limau kasturi


Cara Memasaknya

1)Bersihkan ikan dan letak dalam bekas yang boleh dikukus. 
2)Taburkan bahan-bahan hiris. 
3)Letak sos tiram. 
4)Perahkan limau kasturi. 
5)Kukus selama 20 minit.


Memang mudah resepi ini.Rasanya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan resepi ini.Cubalah.pasti menarik selera keluarga anda.Selamat mencuba..




Read more ...

JERUK MANGGA ASAM BOI.

10.24.2014
JERUK MANGGA ASAM BOI.


MANGGA JERUK ASAM BOI
resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com


Mesti anda semua terliur apabila mendengar judul resepi ni.Terbayang hirisan mangga muda yang mengkecurkan air liur,di tambah dengan beberapa ketul asam boi yang masam-masam manis,erm...Memang sedap.




Jom kita lihat cara paling mudah nak buat Jeruk Mangga Asam Boi ni...

Bahan bahannya

1. 3 biji mangga muda

2. 15 biji asam boi

3. 5 biji cili api

4. 3 cawan gula




Caranya

kesemua bahan-bahan itu dicampur sekali.Kemudian sejukkan seketika di dalam peti lebih kurang 2 ke 3 jam.Siap untuk di makan.

Mudah je kan.Selamat menjamu...
Read more ...